? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1712 Grabs Today. 25796 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1624 Grabs Today. 9851 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Who am I

Who I am
Get your Twitter to look nice with aCustom Twitter Backgrounds

LIfe's Too Short

Saturday, February 27, 2010

Eksplorasi ke Kaherah a.k.a Cairo!!! Day 2 or Last Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Seperti yang saya dah janji dulu, saya akan buat sequal Eksplorasi ke Kaherah a.k.a Cairo!!! Cam movie pulak dah. Hehehe :P. OK, untuk itu, saya mulakan cerita saya. Pada 15 Februari 2010, saya pun bangun pada pukul 6 pagi. Kami semua bersiap untuk pergi ke wedding senior kami di Masjid Salam (bertempat di....saya x ingat sudah. hahaha). Kami pun mula bertolak ke tempat berkenaan pada pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah ada musyrif (male guardian or tour guide) sudi menemani dan bawa kami ke Masjid Salam. Dan ni adalah pengalaman pertama saya menaiki bas di Mesir!! Seriously, dekat Mansourah sangat2 payah nak jumpa bas, jadi nak naik bas kena pergi Cairo. Pengalaman saya menaiki bas sangat best! Biarpun sempit, padat dan macam ikan sardin tapi saya teruja kerana ada wujud sistem saling bantu-membantu. Ketika dalam bas, penumpang2 akan membayar 50 sen atau 1 Genih setengah untuk destinasi masing, penumpang2 akan saling 'pass' duit tuh untuk membayar kepada assistant driver dan begitu juga resitnya akan sampai ke pembayarnya. Mereka ada semangat ukhuwah yang sangat tinggi biarpun mereka tak kenal antara satu sama lain. Jadi kenapa di Malaysia, atau rakyat2 Malaysia tak boleh begitu? Tak susah kan buat baik? OK2, dah berfalsafah pulak saya. Hahaha! Kita sambung cerita kita ok? Ketika naik bas, saya sempat bergambar tapi tak banyak la sebab saya berdiri dan bas tuh bergerak dengan sangat laju. Berlaku 'inertia' (dalam physics) yang sangat tinggi. Hahaha! Sekali lagi saya melencong. Di bawah adalah antara gambar yang diambil ketika kami di Arma hingga di dalam bas. Enjoy! :)


Di Arma. (Plat perasmian Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah)


Sempat bergambar tuh. Jangan main2. hehe :P


Alhamdulillah, tiba pun kami di Masjid Salam. Jauh juga dari Arma ke Masjid Salam ni. Dalam 30 minit juga dengan bas. Sesampai sahaja di sana, kami exchange nombor dengan musyrif tadi in case kami nak musyrif untuk jalan2 sekitar Cairo. Sesudah exchange nombor, kami pun pergi jumpa pengantin perempuan, Kak Aqila. Ni antara gambar2 yang saya sempat ambil. Maaf ye takde gambar akad nikah. Al-maklumla, kami dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Jadi, majlis akad nikah dijalankan di dewan lelaki manakala majlis pembatalan air sembahyang di dewan perempuan. Enjoy!

Kami dan Kak Qila ketika dia masih bujang. Hehe :P


Selamat pengantin baru Kak Qila. Moga jodoh berkekalan hingga ke syurga. Amiin~ :)



Bergambar ikut rumah masing2. Hoho!



Majlis batal air sembahyang.


Comelkan Kak Qila dengan husband dia? Majlis perkahwinan ni adalah majlis perkahwinan pertama saya hadir sejak duduk di Mesir. Agak teruja juga tengok cara orang Malaysia kat sini kahwin camne. Hehe. Bestla jugak. Lelaki dan perempuan diasingkan dan takde sanding. Kalau saya kahwin nanti, tak nak sanding jugak. Hehehe :P. Lepas habis je majlis batal air sembahyang, saya pun nak balik. Tak nak duduk lama2 kat Cairo, dengan panasnya memang tak tahan. Hoho. Lepas majlis, saya sempat bergambar dengan kawan2 yang study kat Mansourah jugak tapi x jumpa pulak bila kat Mansourah. Haha! Saya dapat makan NASI MINYAK!!! Bestnya! Dah lama jugak tak merasa nasi minyak. Best2. Tapi saya tak makan kat situ la, saya balik ke Arma dan makan dalam bilik, sebab nak balik mansourah dah. Saya, Yusra (kawan saya yang study di Cairo), Hawa dan Diyanah (kawan2 di Mansourah) balik ke Arma untuk solat Zohor. Dah habis makan minyak, kawan2 saya yang 10 orang tuh pun balik. Pelik tak nape 10 orang je? Sebab tolak saya dan Safwah yang ikut kakak dia. Diyanah (housemate saya) tiba2 kata nak ikut saya balik Mansourah, jadi saya, Hawa, Diyanah (jiran Hawa) dan Diyanah (housemate saya) pun pulang ke Mansourah. Payahkan ada 2 Diyanah, saya pun da pening. Hahaha. Tapi sebelum kami balik, kami sempat beli air soya di kedai orang thailand! Sedap betul air soya tuh! Manalah nak jumpa air soya kat Mansourah ni. Haha. 1 botol air soya berharga 2.50 Genih (kalau tak silapla). Jadi kami berempat pergi ke Ramsis (cam stesen bas and keretapi la) dengan teksi. Sesampai di sana, saya ingin sangat naik keretapi. Kami cubala tanya counter tiket. Dahla semuanya asyik kata kat counter sebelah. Penat kami tukar2 counter. Last2 kami dapat tau yang paling awal keretapi ke Mansourah pukul 5 petang! Nak dekat Maghrib dah tuh, tambah2 lagi time tuh pukul 2 petang. Lama tuh nak tunggu. Jadi kami balik dengan tremco. Ada salah satu penumpang tuh budak kecik and baby! Comelnya.


Hijau jugak tau Mesir ni. Bukannya Berpadang pasir je. Hehe :P

Kambing biri-biri sangat comel!! XD

Dah sampai Mansourah! Patung Firaun ni besar. Hoho!


Sampai sini je. Moga kita berjumpa lagi! Rajin2lah comment ye. Tata! :D

0 Respond(s):