? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1712 Grabs Today. 25796 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1624 Grabs Today. 9851 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Who am I

Who I am
Get your Twitter to look nice with aCustom Twitter Backgrounds

LIfe's Too Short

Thursday, February 18, 2010

Eksplorasi ke Kaherah a.k.a Cairo!! Day 1

Assalamualaikum and hi everyone!

Apa khabar semua? Sihat? Moga2 sihat sejahtera semuanya. Topik hari ni saya akan menceritakan detik saya ke Kaherah. Macam2 dugaan kami diuji ketika jelajah ke Kaherah. Sampai satu tahap saya meletup! Walawei! Dahsyat x? Hahaha! XD Kami semua 12 orang. (termasuk saya sekali) Saya dan Diyanah (housemate saya) keluar rumah pada pukul 6.15 pagi dan kami semua 12 orang berkumpul di kedai dobi, (sebaris dengan lorong apartment saya). Kami semua menaiki teksi (3 buah teksi) ke Utubis gadid (stesen bas baru). Bila sampai sana, kami menaiki tremco a.k.a van (muat utk 15 org, driver included) dan mula bertolak ke Cairo pada pukul 7.30 pagi dan tiba di Cairo pada pukul 10 pagi.

Sesampai kami di Cairo, kami diTIPU! Ergh! Kegeraman melanda terhadap Pakcik trenco. Kata nak hantar kami ke Abbasiyah (nama tempat di mana Malaysian Embassy ada di situ), rupa-rupanya dia tak nak hantar pun. Kami apa lagi, mintak dia kurangkan tambang yang asalnya 14 Genih (matawang Mesir atau rasminye LE, i don't know what LE stands for. haha) kepada 10 Genih (untuk 1 kepala ye). And nasib baik pakcik tuh cam baik, dia tolong carikan macrobas untuk kami. Kami pun serbu la macrobas tuh. Muat2 je untuk 12 orang. Yang x boleh belahnye, dia pun nak tipu kami jugak. Ya Allah, apekah? Kerja Arab ni duk tipu je ke ape? Ish3. Dah la pakcik trenco tuh dah warning awal2 katanye macrobas patutnya 2 Genih je, yang pakcik macrobas pulak mintak 40 Genih (kalau 2 times with 12 equals to 24 Genih, kalau 40 Genih, maksudnya 3 Genih sorang and ada extra charge 4 Genih). Kureng betol pakcik ni!! Dah la macrobas cam anytime nak roboh, nak extra charge pulak. Kejam pulak. Hmm. Tapi nasib baik ada Safwah (salah sorang dari kami), dia pandai argue dgn org arab. So, dapat la 36 Genih sorang (without extra charge). BUT! Haiya. Ade "but' tuh. Pakcik tuh hantar kami in the middle of Abbasiyah City! With we all girls and new to Egypt, especially Cairo, takde rasa belas kasihan pun! Ergh! Rasa nak cekik je pakcik dia biar rasa tau betapa sakitnya hati ni. That uncle is so lucky because I didn't kick his jerk ass and I was in the vacation mood. So, untuk menceriakan hati ni (ala, lagipun pe yg pakcik tuh buat pun x rasa sgt because time tuh pagi2 lagi and mood tengah excited bila sampai Cairo. Hehe :P) saya pun tangkap gambar banyak2 kat situ. Best2! Time tuh, Safwah and Liyana sibuk call kawan masing2 sebab kami x tau camne nak gi Malaysian Embassy kat Arma. Ni antara gambar2 dekat traffic light dekat Abbasiyah.


Di dalam trenco.

Sesak dengan manusia dan kenderaan.

Gambar ni menunjukkan betapa jerebunya Cairo.


"Hello2. Kami sesat ni," kata Liyana. Buat dialog pulak saya. hahahaha!


Malaysian Embassy di Abbasiyah.


Di pintu masuk Embassy. (Dari kiri : saya dan Pikah)



At last! Kami sampai kat Embassy dengan menaiki trenco kot (tak ingat dah. hehe :P) Sampai2 Embassy kami sekali lagi diuji. Macam2 dugaan kami kena. Takpe2. Kalau bersabar, dapat pahala, ye tak? Sesampai di Embassy, kami dikejutkan dengan berita bilik penuh!!! Full house babe!! Aiyak. Dahla macam2 dugaan kami kena pagi2 lagi, bila sampai dengan harapan dapat bilik and boleh rehat jap, dapat pulak berita ni. Ya Allah. Memang menguji kesabaran. Saya yang penat ni tak terkata dah. Terdiam pulak bila dapat tau bilik penuh. Sekali lagi Safwah dan Liyana calling2 kawan2 masing2 tanya ada tempat kekosongan untuk kami bermalam. Agaknya sebab kami bersabar dan reda je dengan ujian ni, akhirnya kami dapat bilik kat Arma, siap ada air-cond and TV babe!! Seronok gila. But air-condnye x sejuk2 and TV xde signal. Sengal je. Lebih baik tak yah letak kat situ. Hahahahaha! Tapi apa2pun, kami bersyukur dapat tempat untuk bermalam. Setelah solat Zohor, kami pun bertolak ke City Star. Ya Allah, nak tercabut kaki dibuatnya. Jauh gila kami berjalan. Kami kat Mansourah pun x jalan selama 1 jam setengah. Hahahahaha. Musyrifah (cam tour guide or guardian la) kami nak save 20 Genih, so taknak naik teksi tapi jalan kaki. Dia pun 1, agak2 ar. Ingat kami kat Mansourah ni fitness tinggi ke cam kat Cairo. Haih. Tapi ape2pun, saya bersyukur dapat jalan2 sebab dapat tengok macam2 pemandangan. Lawa2. :D Ni antara gambar2 on the way nak gi City Star.

Ni dekat Misr Sudan (nama kedai). Kami bergambar sambil tunggu musyrifah kami sampai. (dari kiri : Safwah, Ainun, SAYA!!, dan Fatin)

Ini Cairo ye tuan, puan. hehehe :P

Saya pun nak calling2 orang gak. hehehe :P

Bas pink sangat comel!!! XD

Iklan tepi jalan pun boleh jadi tempat posing. Hahahahahah!

Cahaya mentari di bumi anbia. (ayat jiwang sikit. hahahaha. XD)

Pokok ni bunga dia lawa. :D

Iklan yang rosak pun boleh posing tuh. Hehehe :P

Fountain! Saya suka fountain! XD

Kami bergambar dekat fountain. 12 orang semuanya.

Depan kedai pun kami boleh bergambar. Tauke kedai gelak2 tengok gelagat kami.

Setelah kami berjalan selama 1 jam setengah, akhirnya sampai juga kami di City Star. Untuk pengetahuan semua, City Star itu adalah salah satu shopping mall yang terdapat di Cairo. City Star ni macam Suria KLCC la. Tapi lagi gempak kot sebab nak masuk je ada security check. Tak tau kenapa. Cam pelik pun ada. Hahahaha. Ni antara2 gambar2 yang saya dan kawan2 ambil di City Star. Enjoy. :)

Kami bergambar sejurus tiba di City Star. (Dari Kiri : Ainun, saya, Diyanah dan Shasha)

Dah takde kerja. Hahahahaha. (Dari Kiri : Safwah, saya, Fatin dan Pikah)


Di Hardee's. Tengah tunggu makanan yang di'order'. Nombor 76! Hehe :D

Di tengah City Star. :D

Saya termenungkan apalah tuh? hehehe :P
Bergambar depan videocam. *wink2* ;D

Selepas kami sampai di City Star, kami cari food court sebab kami x makan lagi. Selepas makan, kami jalan2 dan terus balik. Alhamdulillah kami balik dengan naik teksi bukan jalan kaki lagi. Seriously, memang penat. Balik tuh, kami pun pegi ke bilik dan rehat. Itu jela ye. Tunggu la "Eksplorasi ke Kaherah a.k.a Cairo!! Day 2 or Last Day!". InsyaAllah, kalau saya ada masa, saya post. Kalau tak, maaflah ye. Sampai sini sahaja. Moga kita bertemu lagi akan datang. :D Tata!

0 Respond(s):