Suatu ketika , Muaz Bin Jabal r.a menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya baginda: "Wahai Rasulullah tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT. Ertinya: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris". Surah al-naba' Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakanku, perkara yang amat besar, bahawa umatku masing2 dengan pembawaan mereka sendiri…" Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut. BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka jelas dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasihi: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.." BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang yang sewqaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah…" BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itulah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka. BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari julut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta dalam jual-beli. Maka iinilah balasan mereka dan tempat mereka adalah neraka." BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angina sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di padang mahsyar. " Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka." BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. " Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka". BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. "Mereke itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka. BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka ini adalah orang yang berbuat zina. Maka ini adalah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka." BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka. BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka. BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang sepeti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka. BARISAN KEDUA BELAS Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama . Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah betaubat. Maka inilah balasannya , dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan , kasih saying dan keredaan Allah yang Maha Pengasih rujukan:Sakit-Apakah ubatnya |
Who am I
Get your Twitter to look nice with aCustom Twitter Backgrounds
LIfe's Too Short
Monday, May 24, 2010
Barisan di Akhirat.
Celoteh dari Hamba-Nya at 12:57
Labels: Sharing is Caring :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Respond(s):
Post a Comment