Dont know whether to believe this or not but it pays to be always alert to this sort of situations ??? A reminder to all !!!!!!!!!!! This is pretty scary, as is (its modus operandi is similar) with the case of Ms Canny Ong A friend stopped at a pay-at-the-pump gas station to get gas. When she had filled her gas tank after paying at the pump and about to leave, the attendant inside came over the speaker. He told her that something happened with her card and that she needed to come inside to pay. The lady was confused because the transaction was completed and approved. She told him that and was getting ready to leave but the attendant once again urged her to come in to pay or else..... She proceeded to go inside and started arguing with the attendant about his threat. He told her to calm down and to listen carefully: He told her that while she was pumping gas, he saw a guy had slipped into the back seat of her car and hid on the other side. He had called the police. She immediately became scared and looked out there in time to see her car door open and the guy slip out. The story went that it has to do with a test for the new gang initiation thing which requires one to bring back a woman's body part.. One way they are doing this is crawling into girls/women's cars while the target is pumping gas or at the grocery store at night time. Then, they will cut off the victim's legs/ankles to disable them in order to kidnap them, and later kill and dismember them. The other method is slipping into unattended cars and kidnapping the women for the same purpose Please pass this on to other women, young and old alike. Ladies, be extra careful when going into your parked car at night. Do not park at lonely or secluded places at any time of the day for the sake of free parking! If at all possible, don't drive alone at night! This is real! Kidnapping! Murder! Dismemberment! These are all happening here in Malaysia !!! The message: 1.. ALWAYS lock your car doors, even if you're gone for just a second. 2. Check underneath your car when approaching it for re-entry, and check in the back before getting in. 3. Always be aware of your surroundings and other individuals in your general vicinity, particularly at night! Send this to many girls so your friend will not be the next one! |
Who am I
Get your Twitter to look nice with aCustom Twitter Backgrounds
LIfe's Too Short
Tuesday, June 22, 2010
SCARY INCIDENCE HAPPENED IN SEREMBAN
Celoteh dari Hamba-Nya at 14:47 0 Respond(s)
Labels: Sharing is Caring :)
Friday, June 11, 2010
Demonstrasi Anti-Israel Ternyata Sia-Sia
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik. "Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional." Saya mengangguk-angguk kepala sahaja. "Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang." Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar. "Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk." Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, "saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi." "Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni." "Kenapa Pak Cik?" "Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni." "Pak Cik hisap rokok apa?" saya mula teruja untuk berbual. "Masih Winston. Dah sebati sejak dulu." "Winston from America?" bisik saya perlahan. Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk. "Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?" kilasnya mengalih arah perbualan. "Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu," tegas saya. "Apa dia?" "Solat Subuh berjemaah." "Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat." Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam. "Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati." "Kita mesti sanggup memikul senjata." "Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh." "Saya tak faham." "Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka." "Apa yang menyakitkan mereka?" "Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri." "Jadi?" "Sebaik-baik 'demonstrasi' ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain." Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman. "Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?" "Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!" "Awak sindir saya?" "Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak." "Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!" Lagi-lagi ke situ fikirnya. "Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka." "Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?" "Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?" "Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam." "Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam." "Contoh?" "Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis." Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, "mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?" "Ketiga-tiga isme itu sama." "Sama?" "Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!" "Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?" Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan. "Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan 'genuine'." "Misalnya?" "Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran." "Lagi?" "Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!" "lagi?" "Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh 'berdemonstrasi hari-hari' terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood." "Idola Amerika?" "Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah." Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya. "Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?" kata saya seakan-akan merayu. "Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin." "Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci." "Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari." "Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? " "Eh, kami yang demonstrasi semua solat…" "Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?" Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah? Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari! Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah: "Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka." Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus 'mengecilkan' pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini? OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT. |
ARTIKEL DARI USTAZ PAHROL.
Celoteh dari Hamba-Nya at 22:53 2 Respond(s)
Labels: Sharing is Caring :)
Tukarkan Penggunaan Istilah SEMBAHYANG Kepada SOLAT!
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang." Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang." Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!. |
Celoteh dari Hamba-Nya at 22:19 0 Respond(s)
Labels: Sharing is Caring :)
Tuesday, June 8, 2010
Ya Allah..
Ya Allah, kenapalah aku diperlakukan sebegini? Ya Allah, lindungilah aku daripada perasaan dan hati sakit tanpa sebab. Ya Allah, lindungilah aku daripada sifat malas, sifat2 mazmumah. Ya Allah, tenangkanlah jiwa aku, berilah aku kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian-Mu. Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu yang kerdil, yang lemah. Moga Kau ampunkanlah doaku. Amiin~ Lega rasa even tulis dekat blog je. Moga Allah makbulkan doaku. Amiin~
Celoteh dari Hamba-Nya at 19:46 0 Respond(s)